Generasi muda akan mendapat kemudahan dan keperluan asas yang lebihbanyak sekira terus menyokong Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
Pengerusi Pergerakan Pemuda BN Parlimen Pagoh, Ismail Mohamad berkata, sudah terbukti di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak segala keperluan generasiitu dipenuhi serta pembelaan, hak dan kepentingan mereka tidak diabaikan.
"Untuk itu mereka seharusnya membantu memberi kemenangan cemerlang kepada calon-calon BN termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang jugapenyandang Ahli Parlimen Pagoh pada pilihan raya umum kali ini.
"Beri sokongan penuh kepada pemimpin kita supaya mereka menang cemerlang untuk membolehkan mereka meneruskan agenda membela rakyat. Jika BN menang besar, banyak lagi kemudahan untuk orang muda akan disediakan," katanya.
Beliau yang juga Ketua Permuda UMNO Bahagian Pagoh berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Karnival Jalinan Mesra Belia Kawasan Parlimen Pagoh di Padang Majlis Perbandaran Muar Cawangan Pekan Lenga, dekat sini.
Ismail memberitahu, di bawah kerajaan BN, banyak kemudahan yang diberikan kepada generasi muda termasuk menyediakan prasarana termasuk di laur bandar untukmembolehkan mereka menjalankan aktiviti.
Jelasnya, kerajaan memberi sokongan penuh kepada generasi muda kerana sedar mereka merupakan pemangkin dan pelapis kepimpinan dalam mencorak masa depan negara ini.
Mengenai karnival tersebut, beliau berharap ia memberi peluang kepada golonagn muda dikawasan pendalaman tersebut menyertai pelbagai aktiviti termasuk sukan dan mengenengahkan bakat mereka dalam bidang seni.
No comments:
Post a Comment