Datuk Seri Mahdzir Khalid
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid
memohon maaf secara terbuka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung
kenyataannya pada 2006 apabila menegur bekas Perdana Menteri itu supaya 'tutup
mulut' daripada terus mengkritik kerajaan pada ketika itu.
"Saya mengambil kesempatan ini kalau ada perkara
yang menyinggung perasaan Tun sewaktu saya menjadi Menteri Besar Kedah, saya
secara terbuka hari ini memohon ampun dan maaf daripada Tun.
"Sebab selaku orang muda...Tun lebih berumur
daripada saya, kadang-kadang panas lebih dan mungkin ada kesilapan yang
berlaku. Saya sekali lagi mohon maaf," katanya ketika berucap pada majlis
Perhimpunan Rakyat yang turut dihadiri Dr Mahathir di sini, Khamis.
Permohonan maaf itu dipercayai merujuk kepada kenyataan
keras Mahdzir pada 2006 yang menyarankan Dr Mahathir melepaskan semua jawatan
sebagai penasihat di beberapa agensi kerajaan jika terus mengkritik kepimpinan
Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Admad Badawi.
Malah Mahdzir turut mengeluarkan kenyataan yang
menyifatkan Dr Mahathir sebagai ahli Umno yang melampaui batas.
Sementara itu dalam reaksi balas, Dr Mahathir berkata
beliau akan tetap menyokong siapa sahaja calon BN walaupun yang pernah
mengkritiknya sebelum ini.
"Saya datang ke sini berkempen untuk BN. Seperti
yang disebut oleh Mahdzir Khalid tadi, dia ada keluar kata-kata tertentu
terhadap diri saya. Saya berjanji walaupun musuh saya, tetapi kalau orang ini
dicalonkan oleh (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib untuk bertanding saya akan
sokong.
"Sebab itulah saya datang sini hari ini. Saya harap
semua orang di sini sokong BN," katanya ketika berucap pada majlis itu.
Mengulas lanjut pada sidang media selepas itu, Dr
Mahathir berkata beliau memaafkan tindakan calon BN bagi kerusi Parlimen Padang
Terap itu.
"Terima kasih dia minta maaf. Tapi begitulah dalam
politik...terlanjur bercakap dan kadang-kadang tidak fikir dahulu secara
mendalam dan kita melatah.
"Tapi itu tak mengapa, saya dah biasa orang maki
macam-macam. Saya tak hairan," katanya.
No comments:
Post a Comment