Monday, April 22, 2013

#GE13 : Kaki Judi Mula Bertaruh Keputusan P/Raya Di Sarawak Dengan Pertaruhan Serendah RM100



Tempoh berkempen sudah memasuki hari ketiga, dan kaki judi sudah mula bertaruh mengenai keputusan pilihan raya pada 5 Mei, dengan bertaruh antara RM100 dan RM200, dengan harapan mendapat untung besar.

Ketua Penerangan dan Publisiti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata berdasarkan maklumat balas yang diterima daripada penyokong akar umbi di Bandar Raya Miri, pertaruhan pilihan raya bermula sebaik selepas proses pencalonan pada Sabtu.



"Kegiatan ini sangat membimbangkan memandangkan perjudian boleh mempengaruh keputusan pilihan raya dan akhirnya rakyatlah yang akan menderita untuk tempoh lima tahun akan datang," katanya pada sidang media di sini Isnin.

"Kami menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dalam pertaruhan itu kerana ia hanya merugikan masa depan mereka,"atanya.

Ting, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Miri, berkata parti itu sudah membuat laporan polis memandangkan polis sudah memberi jaminan pertaruhan semasa pilihan raya umum ke-13 ini dipantau.

Sebelum ini Timbalan ketua polis Miri Supt Stanley Jonathan Ringgit berkata setakat ini tiada laporan polis mengenai pertaruhan pilihan raya diterima bagi kerusi Parlimen Sibu dan Sibuti, namun polis sedang memantau situasi itu.

Sementara itu, Ting menolak dakwaan DAP bahawa parti pembangkang akan menyapu bersih lima kerusi parlimen di utara Sarawak yang merupakan kuku kuat BN.

"Sesiapa pun boleh mengatakan apa yang mereka mahu, namun akhirnya, pengundi akan memutuskannya bulan depan (5 Mei). Tunggu dan lihat," katanya.

Lima kerusi parlimen itu ialah Sibuti, Miri, Baram, Limbang dan Lawas.

No comments:

Post a Comment