Friday, May 31, 2013

Tak Perlu Beritahu Semua Ahli Hadiri Kongres Menerusi Pos


DAP membidas Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana kenyataannya mengenai ramai anggota parti tidak menerima notis untuk hadir ke kongres parti di Pulau Pinang pada tahun lepas.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, ia merupakan tidak profesional bagi ROS kerana membuat kesimpulan bahawa anggota-anggota parti tidak diberi notis sewajarnya sebelum parti itu dapat menjawabnya.

Loke mendakwa bahawa ROS telah menghantar satu surat pada Khamis bagi mendapatkan maklumat untuk siasatannya berhubung perkara itu.

Wednesday, May 22, 2013

PKR Dijangka Calonkan Nama Baru Untuk Exco Selangor


Parti Keadilan Rakyat (PKR) mungkin akan menamakan satu barisan yang baru bagi mewakili Exco kerajaan negeri Selangor.

Sebagai parti yang memenangi bilangan kerusi paling sedikit di negeri itu pada pilihan raya umum baru-baru ini berbanding dengan parti-parti sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan PAS, ia telah memberikan salah satu daripada jawatan Exco itu.

Selepas pilihan raya umum 2008, PKR mempunyai empat wakil dalam barisan Exco di kalangan 10 anggota.

Keempat-empat Exco itu ialah Dr Yaakob Sapari (Kota Anggerik), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Xavier Jayakumar (Sri Andalas) dan Rodziah Ismail (Batu Tiga).

SPR Tubuh Pasukan Khas Kenal Pasti Punca Dakwat Tidak Kekal


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum ke-13 lepas tidak kekal lama selepas dicalit.


Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata berdasarkan pengalaman pertama itu, SPR yang mengadakan mesyuarat hari ini, memutuskan untuk menubuhkan 'Pasukan Khas Menyemak Masalah-Masalah Penggunaan Dakwat Kekal PRU Ke-13' untuk meneliti hal-hal berkaitan dakwat kekal itu.


Beliau berkata pasukan itu antara lain akan mengkaji aspek ramuan, syarat Kementerian Kesihatan, cara penggunaan dakwat kekal dan kaedah calitan dakwat kekal di jari.

Friday, May 10, 2013

Azmin Jawab Mengenai 'Tweet' Didakwa Bidas Anwar

Azmin Ali
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berkata 'tweet' yang dibuatnya sebelum ini bukan bermaksud untuk menyerang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pemimpin parti.

Sebaliknya beliau menjelaskan tindakannya itu hanyalah untuk menyatakan pandangan dan kritikan bernas demi kepentingan parti.

"Dalam Keadilan kita diberikan ruang untuk memberikan pandangan dan kritikan bernas.

Azmin Ali Nafi Akan Tinggalkan PKR




Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali pada Jumaat menafikan bahawa beliau akan meninggalkan parti.

Katanya, dakwaan beliau akan keluar parti hanyalah fitnah dan khabar angin.

"Kepada 'saudagar-saudagar khabar angin' ini, saya ingin menegaskan bahawa saya akan meneruskan perjuangan dengan lebih gigih lagi.

Wednesday, May 8, 2013

Tanpa Notis 10 Hari, Polis Klasifikasikan Himpunan di Stadium Kelana Jaya Sebagai Haram


Timbalan Komisioner Datuk Tun Hisan Tun Hamzah
Ketua Polis Selangor

Tanpa notis 10 hari lebih awal, polis mengklasifikasikan himpunan yang akan diadakan oleh pakatan pembangkang di Stadium Kelana Jaya pada malam Rabu sebagai perhimpunan haram.


Ketua Polis Selangor, Timbalan Komisioner Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata walaupun pihak penganjur mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan stadium untuk menggunakan kemudahan di situ, mereka masih perlu memaklumkan mengenai himpunan tersebut kepada pihak polis.


Beliau berkata tindakan tersebut tidak mengikut Akta Perhimpunan Aman (PPA) 2012.