Tuesday, July 2, 2013

Tiada Masalah PRK Kuala Besut Diadakan Pada Bulan Ramadan

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan tidak menjadi masalah sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut akan diadakan pada bulan Ramadan.

Menurut beliau, situasi yang sama jua pernah berlaku 34 tahun lalu.

"34 tahun lalu, di tempat yang sama, tarikh yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di situ telah meninggal dan PRK telah diadakan pada bulan puasa.

Mesyuarat Khas SPR Jumaat Ini Bincang PRK Kuala Besut


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini (5 Julai) di ibu pejabatnya di Putrajaya bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN N1 Kuala Besut daripada YangDipertua DUN Terengganu pada 27 Jun lepas.

Kerusi DUN Kuala Besut di Terengganu kosong selepas penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru Rabu lepas.

Friday, June 28, 2013

Yusuf Kalla Mengecam Anwar Kerana Gagal Menerima Keputusan Rakyat


Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, dalam satu pertemuan bersama Ketua Pembangkang tersebut selepas pengumuman keputusan pilihan raya, beliau telah memberitahu Anwar bahawa Malaysia mengamalkan sistem undi elektoral, yang mana parti menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.

Wednesday, June 26, 2013

Zulkifli, Sabarudin mati ditembak di kepala



Seorang Pakar Forensik Hospital Queen Elizabeth memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa punca kematian dua anggota VAT 69 yang terkorban dalam serangan kumpulan pengganas Kiram di Kampung Tanduo Lahad Datu pada 1 Mac lalu adalah kerana tembakan di kepala.

Dua anggota yang terkorban dalam insiden itu ialah Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29, dan Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud, 46.

Dr. Amir Saad Abdul Rahim melakukan bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa itu pada pukul 7 malam hari sama selepas pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan kumpulan pengganas Kiram berlaku.

Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut bulan Ramadan?



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut akan diadakan dalam bulan Ramadan ini, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

Beliau berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuatkuasa sekarang ini, PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kekosongan luar jangkaan diputuskan oleh SPR.

"Bagaimanapun, sehingga masa ini SPR belum menerima surat rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mohd. Zubir Embong," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

EXCO KESIHATAN TERENGGANU MENINGGAL DUNIA



Dr A Rahman Mokhtar

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat negeri, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia jam 10.18 pagi ini selepas tujuh hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah di, sini.

Friday, May 31, 2013

Tak Perlu Beritahu Semua Ahli Hadiri Kongres Menerusi Pos


DAP membidas Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana kenyataannya mengenai ramai anggota parti tidak menerima notis untuk hadir ke kongres parti di Pulau Pinang pada tahun lepas.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, ia merupakan tidak profesional bagi ROS kerana membuat kesimpulan bahawa anggota-anggota parti tidak diberi notis sewajarnya sebelum parti itu dapat menjawabnya.

Loke mendakwa bahawa ROS telah menghantar satu surat pada Khamis bagi mendapatkan maklumat untuk siasatannya berhubung perkara itu.