Friday, June 28, 2013

Yusuf Kalla Mengecam Anwar Kerana Gagal Menerima Keputusan Rakyat


Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, dalam satu pertemuan bersama Ketua Pembangkang tersebut selepas pengumuman keputusan pilihan raya, beliau telah memberitahu Anwar bahawa Malaysia mengamalkan sistem undi elektoral, yang mana parti menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.

Wednesday, June 26, 2013

Zulkifli, Sabarudin mati ditembak di kepala



Seorang Pakar Forensik Hospital Queen Elizabeth memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa punca kematian dua anggota VAT 69 yang terkorban dalam serangan kumpulan pengganas Kiram di Kampung Tanduo Lahad Datu pada 1 Mac lalu adalah kerana tembakan di kepala.

Dua anggota yang terkorban dalam insiden itu ialah Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29, dan Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud, 46.

Dr. Amir Saad Abdul Rahim melakukan bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa itu pada pukul 7 malam hari sama selepas pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan kumpulan pengganas Kiram berlaku.

Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut bulan Ramadan?



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut akan diadakan dalam bulan Ramadan ini, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

Beliau berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuatkuasa sekarang ini, PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kekosongan luar jangkaan diputuskan oleh SPR.

"Bagaimanapun, sehingga masa ini SPR belum menerima surat rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mohd. Zubir Embong," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

EXCO KESIHATAN TERENGGANU MENINGGAL DUNIA



Dr A Rahman Mokhtar

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat negeri, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia jam 10.18 pagi ini selepas tujuh hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah di, sini.