Saturday, April 27, 2013

#GE 13 : Aku Janji BN Terbaik Berbanding Manifesto Pembangkang


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata manifesto Barisan Nasional (BN) adalah satu aku janji berbanding manifesto pembangkang yang disifatkannya sebagai "penipuan di siang hari".


Timbalan Perdana Menteri berkata aku janji yang ditawarkan dalam manifesto BN itu adalah yang terbaik dan lebih menarik berbanding tawaran dalam manifesto pembangkang yang dibuat semata-mata untuk menarik sokongan pengundi dan tanpa kajian.

#GE 13 : PAS Komited Teruskan Hudud



PAS tetap komited kepada agenda mewujudkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud walaupun DAP menentangnya, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
"Tiada orang Islam boleh atau berani menolak hudud.

"Ia (mewujudkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud) kekal dalam polisi PAS dan kami akan meneruskan perjuangan parti mengenai perkara itu," katanya.

#GE 13 : Jika Benar Tuntutan Royalti RM12 Bilion, Ia Perlu Diguna Untuk Masa Depan Kelantan

Pengerusi Barisan Nasional Kelantan (BN), 
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Jika tuntutan royalti oleh kerajaan negeri Kelantan sebanyak RM12 bilion itu adalah benar, ia sepatutnya digunakan untuk masa depan negeri dan bukan diperuntukkan kesemuanya dalam 23 perkara yang ditawarkan di bawah manifesto PAS Kelantan.

Pengerusi Barisan Nasional Kelantan (BN), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kesemua 23 perkara yang ditawarkan oleh PAS negeri itu berbentuk elaun dan bantuan kepada rakyat Kelantan.

Thursday, April 25, 2013

#GE 13 : Mahdzir Khalid Mohon Maaf Kepada Tun M

Datuk Seri Mahdzir Khalid

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid memohon maaf secara terbuka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya pada 2006 apabila menegur bekas Perdana Menteri itu supaya 'tutup mulut' daripada terus mengkritik kerajaan pada ketika itu.

"Saya mengambil kesempatan ini kalau ada perkara yang menyinggung perasaan Tun sewaktu saya menjadi Menteri Besar Kedah, saya secara terbuka hari ini memohon ampun dan maaf daripada Tun.

#GE 13 : Pakatan Nafi Penglibatan Dalam Serangan Ceramah BN



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan Pakatan Rakyat menjadi dalang dalam insiden serangan di pusat operasi Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak terkejut mereka akan menyalahkan kami. Sebenarnya, semua adalah salah Anwar," katanya.

#GE 13 : Anwar Tidak Boleh Jadi PM Walaupun Pakatan Menang PRU-13


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri walaupun Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, ini kerana kebanyakan pemimpin PAS memberitahu secara terbuka bahawa mereka mahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengisi jawatan tersebut.
Menurut Muhyiddin, kedua-dua parti itu berbalah mengenai pembahagian kerusi termasuk di Panti, Kota Tinggi, di mana kedua-duanya menamakan calon masing-masing.

Wednesday, April 24, 2013

#GE 13 : Rancangan PR Agihkan Saham Air Kepada Rakyat Satu Fenomena Membimbangkan




Rancangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengagihkan saham air kepada rakyat Selangor jika mereka berjaya menstrukturkan semula industri air akan menjadikan industri itu lebih kuno lagi daripada statusnya sekarang yang sudah pun 'sangat kuno', menurut pakar air negara, Profesor Datuk Seri Dr Zaini Ujang.
Dr Zaini yang juga Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, setelah 20 tahun berkecimpung dalam bidang itu - sejak berstatus mahasiswa di England hingga ke peringkat profesor - beliau berasa kecewa kerana tahap industri ini masih tidak berkembang maju.

#GE 13 : "Setuju Guna Lambang Bukan Bermakna Setuju Hukum Hudud"




Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh pada Rabu menegaskan, keputusan awal parti itu untuk menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) tidak sama sekali bermakna yang mereka bersetuju untuk menerima Hukum Hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS di negara ini.
Kebenaran yang diberikan oleh PAS itu, kata Karpal tidak mengambarkan yang DAP telah berganjak daripada pendirian mereka untuk menolak Hudud.

#GE13 : Apakah PAS Naif Percaya DAP Setuju Laksana Hudud?




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan PAS sebagai naif untuk mempercayai bahawa DAP akan menerima dan bersetuju melaksanakan hukum Hudud, hanya kerana kesediaan parti itu menggunakan simbol bulan pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Beliau berkata, PAS yang memperjuangkan hukum Hudud, tidak seharusnya meletakkan harapan terhadap pakatan itu untuk melaksanakan hukum Hudud kerana ia tidak terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang.
"Hukum Hudud PAS bukan boleh diterima semua pihak. Kita tidak kata menentang tetapi masanya tidak sesuai dalam keadaan tertentu untuk dilaksanakan dan masih banyak persoalan yang masih perlu ditangani," katanya kepada pemberita di sini, Rabu. Beliau berada di sini bagi menghadiri majlis bersama rakyat yang merupakan antara program lawatan dua harinya ke Sabah bermula semalam.

Tuesday, April 23, 2013

#GE13 : Raja Nong Chik Cabar Nurul Izzah Jelaskan Pembangunan Yang Dibawa PKR Di Lembah Pantai


 Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mencabar penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat menjelaskan kepada penduduk mengenai pembangunan yang telah dilaksanakannya untuk pengundi di kawasan berkenaan.
Raja Nong Chik, calon Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai, berkata beliau sudah beberapa kali mencabar Nurul Izzah, namun belum menerima jawapan.

#GE13 : UMNO Fail Saman Fitnah Terhadap Mustafa Ali Dan Dua Lagi

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali 


Umno telah memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan dua lagi berhubung penerbitan lima artikel yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah di laman sesawang baru-baru ini.
Writ tuntutan itu difailkan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh bagi pihak Umno pada Isnin di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Pihak media memperoleh salinan writ itu pada Selasa. Mahkamah menetapkan 10 Mei ini untuk pengurusan kes saman itu.

#GE13 : Kekal Di Jerlun, Mukhriz Ucap Terima Kasih Kepada PM,TPM

Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Timbalannya kerana memberi peluang untuk beliau kekal bertanding di kawasan Jerlun, walaupun berpindah daripada kerusi Parlimen kepada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah itu mengakui kurang dikenali ketika mula-mula menjadi Anggota Parlimen, namun selepas lima tahun berkhidmat di kawasan berkenaan, beliau kini rapat dengan masyarakat di Jerlun.

Monday, April 22, 2013

#GE13 : Kaki Judi Mula Bertaruh Keputusan P/Raya Di Sarawak Dengan Pertaruhan Serendah RM100



Tempoh berkempen sudah memasuki hari ketiga, dan kaki judi sudah mula bertaruh mengenai keputusan pilihan raya pada 5 Mei, dengan bertaruh antara RM100 dan RM200, dengan harapan mendapat untung besar.

Ketua Penerangan dan Publisiti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata berdasarkan maklumat balas yang diterima daripada penyokong akar umbi di Bandar Raya Miri, pertaruhan pilihan raya bermula sebaik selepas proses pencalonan pada Sabtu.


#GE13 : Anwar Tiada Semangat Setiakawan



Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada semangat setiakawan apabila gagal menunaikan janji bertanding di luar kawasan sepertimana rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.
Beliau mendakwa Anwar sanggup menikam rakan-rakannya dari belakang dengan membiarkan mereka bertanding di luar kawasan masing-masing pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sedangkan beliau sendiri tidak berbuat demikian.

#GE13 : DAP Pecat ADUN Teratai




Penyandang kerusi dewan undangan negeri Teratai Jenice Lee dipecat dari DAP pada Isnin kerana gagal menarik balik secara terbuka keputusannya bertanding sebagai calon bebas, dalam tempoh 24 jam mulai Ahad.
Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh berkata, keputusan memecat penyandang kerusi Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dari DAP pula diubah pada saat akhir selepas Sim menarik diri sebagai calon bebas bagi kerusi negeri Kota Laksamana. Sim dilaporkan berkata beliau akan terus bertanding bagi kerusi Parlimen itu atas tiket DAP.

Sunday, April 21, 2013

#GE13 : 'Pakatan' Rakyat Tapi Tidak Sepakat




Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti pembangkang yang kononnya mendakwa mereka adalah "pakatan" rakyat sebenarnya gagal berpakat, malah bertanding sesama sendiri di beberapa kawasan pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada 5 Mei ini.
Perdana Menteri berkata jika untuk bertanding kerusi pilihan raya pun gagal berpakat, "apatah lagi untuk berpakat bagi mengendalikan pemerintahan negara."
"Pakatan pembangkang bukanlah satu gabungan yang boleh menjamin masa depan negara dan rakyat. Mereka bukanlah gabungan yang besar, gabungan yang satu, falsafah yang satu.

#GE13 : Jentera BN Jangan Alpa Hadapi PRU-13

Datuk Seri Mustapa Mohamed

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menasihatkan agar jentera parti tidak alpa dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Beliau berkata, proses penamaan calon pada Sabtu berlaku tanpa sebarang insiden dan sambutan yang dilihat untuk BN adalah amat baik.
"Ramai (penyokong) yang hadir, berpuas hati dan bersemangat, mereka tak sabar untuk mengundi. Bukan sahaja bilangan mereka tinggi tetapi cukup bersemangat terutama wanita dan golongan muda.

#GE13 : Latt Shariman Janji Tidak Ulang Kesilapan PAS Kedah

Datuk Latt Shariman Abdullah


Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan, Datuk Latt Shariman Abdullah berjanji tidak akan memperjudikan nasib rakyat dengan mengulangi kesilapan wakil rakyat Pakatan Rakyat sejak lima tahun lalu.
Sebaliknya tegas beliau, kegagalan kerajaan negeri pimpinan PAS mengurus tadbir kerajaan dengan baik perlu dijadikan peringatan oleh calon BN bagi memastikan nasib rakyat terus terbela.
"Kalau kata (janji) buat (mesti dilaksanakan)...itu yang rakyat nak. Kalau tidak rakyat akan sentiasa ditipu dan ditipu lagi.

Saturday, April 20, 2013

#GE13 : Misi Pikat Hati Kaum India



Calon Parlimen Segamat, Datuk Chua Jui Meng akan memulakan misi utama dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah memikat hati pengundi kaum India.
Beliau yang juga Pengerusi PKR Johor itu berkata, perkara pertama yang akan dilakukan selepas selesai penamaan calon PRU-13 adalah memasuki kawasan estet untuk berjumpa dan mendekati kaum India.

#GE 13 : Saingan Tiga Penjuru di Lembah Pantai



TIGA PENJURU ... Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P121 Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bersama pencabarnya Nurul Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Calon Bebas Rusli Baba selepas diumumkan sebagai calon
Kerusi Parlimen Lembah Pantai menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan penyandangnya Nurul Izzah Anwar dicabar Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan calon Bebas Rusli Baba.
Calon yang layak bertanding kerusi itu pada pilihan raya umum 5 Mei ini diumumkan pegawai pengurus pilihan raya bagi Parlimen Lembah Pantai Rolan Abdul Rahman pada pukul 10.16 pagi di pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya.

Friday, April 19, 2013

#GE13 : PKR Terengganu Bertanding 6 Kerusi DUN, 1 Kerusi Parlimen


Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menurunkan enam calon di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seorang calon Parlimen di Terengganu.
Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata Mohd Shamsul Mat Amin akan diletak bertanding di Dun Bukit Besi, Wan Mokhtar Wan Ibrahim (DUN Permaisuri), Azan Ismail (DUN Bandar), Dr Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (DUN Kota Putera), Ahmad Nazri Mohd Yusof (DUN Seberang Takir), Narawi Embong (DUN Telemong) serta seorang calon Parlimen Kamaruddin Chik (Kemaman)

#GE13 : Polis Terengganu Terima Laporan Berhubung Video Seks Mirip Pemimpin Pembangkang


Polis Terengganu mengesahkan menerima satu laporan berhubung penyebaran video seks yang dikatakan mirip seorang pemimpin kanan parti pembangkang baru-baru ini.
Laporan berkenaan dibuat pada 11.20 pagi Jumaat oleh seorang penduduk kampung berusia 46 tahun dari Paka di Balai Polis Dungun yang meminta polis mengambil tindakan dan menjalankan siasatan.

#GE13 : DAP Jangan Main Isu Roket Raih Simpati


Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan DAP supaya tidak memanipulasikan isu penggunaan lambang roket kerana ia sudah pun dibenar untuk digunakan bagi mewakili mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang percubaan untuk memainkan isu tersebut dalamkempen-kempennya adalah semata-mata bertujuan meraih undi dan simpati sedangkan masalahitu sudah diselesaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Ini sudah diputuskan (penggunaan lambang roket oleh DAP), jadi kita harap pemimpin DAPtidak memutarbelikan (fakta) atau menunjukkan rasa kasihan dan teraniaya.
"Ada juga tanggapan ini perbuatan Umno, ini hak Pendaftar Pertubuhan (ROS). Satu ketikaUmno diharamkan dan bukan dihapuskan pada 1988.

#GE13 : Tengku Rethwan Tarik Diri, Abdul Halim Calon Baharu BN DUN Seri Setia


Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) Tengku Rethwan Mansor yang sepatutnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia pada pilihan raya umum ke-13, menarik diri pada Jumaat.
Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata Tengku Rethwan telah menarik diri dan penarikan itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tengah hari ini.
"Tengku Rethwan telah menarik diri dan surat penarikan diri telah dihantar kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

#GE13 : Ahli Umno Bertanding Tiket Bebas Digugur Keahlian Sepanjang Hayat



Ahli Umno yang bercadang untuk menjadi calon Bebas dinasihatkan untuk berfikir panjang kerana secara automatiknya mereka akan dipecat dari keahlian sepanjang hayat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan agar bantahan terhadap calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan tidak mengakibatkan mereka membuat keputusan mengikut emosi.
"Jika seseorang ahli parti yang memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas mereka akan secara sendiri akan tergugur sebagai ahli sepanjang hayat.

#GE13 : DAP Akan Tanding Guna Simbol PKR, PAS Jika ROS Tidak Batalkan Surat Tidak Mengiktiraf CEC



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Khamis mendakwa menerima surat daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertarikh 17 April, melalui faksimili hari ini, menyatakan DAP tidak berkuasa mengeluarkan surat watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol parti iaitu roket pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Menurutnya, ini susulan keputusan ROS yang tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti DAP.
Sehubungan itu, Lim berkata DAP bercadang menggunakan simbol PAS di Semenanjung dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dan Sarawak pada PRU-13.

Thursday, April 18, 2013

#GE13 : Pengerusi DAP Kedah Digugurkan Daripada Senarai Calon


 Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik telah digugurkan sebagai calon dan sekaligus beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Darul Aman yang disandangnya.
Beliau mengesahkan perkara tersebut melalui perbualan telefon, bahawa ada calon lain telah dinamakan bagi kerusi berkenaan.
Lee berkata beliau akan bersara demi kepentingan Pakatan Rakyat di Kedah.

#GE13 : PKR & DAP Bakal Bertembung di DUN Indera Kayangan



Adakah calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan bertembung sesama mereka di kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)Indera Kayangan.
Ini kerana PKR pada Khamis telah menamakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Simpang Pulai, Chan Ming Kai, 33, untuk bertanding di DUN tersebut pada pilihan raya umum ke-13.
DAP sebelum ini turut menamakan calon mereka Wong Boon Beng, 48, iaitu Setiausaha DAP Perlis untuk bertanding di situ.

#GE13 : BN Pahang Tukar Calon, Tampil Dua Muka Baru


Barisan Nasional (BN) Pahang membuat pertukaran dalam senarai calon pilihan raya umum ke-13 dengan menampilkan dua muka baharu dan seorang calon yang diumumkan Selasa lepas berpindah bertanding di kerusi Parlimen.
Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata tiga pertukaran calon itu melibatkan kerusi Parlimen Lipis dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Padang Tengku dan Bebar.

Wednesday, April 17, 2013

#GE13 : Kit Siang Ramal Peluangnya Di Gelang Patah Hanya 45 %

 
Lim Kit Siang

Penasihat DAP Lim Kit Siang mengambil pendekatan sebagai 'underdog' di dalam pertembungannya dengan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bagi kerusi Parlimen Gelang Patah.
Walaupun menjangkakan pertarungan di antara DAP dan Barisan Nasional (BN) di kerusi panas Gelang Patah itu akan berlangsung dengan sengit, tetapi beliau meramalkan ia akhirnya akan memihak kepada Abdul Ghani.

"Saya meramalkan peluang saya (untuk menang) di kerusi Parlimen Gelang Patah adalah 45 peratus, berbanding 55 peratus bagi Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman," katanya kepada pemberita pada Rabu.

#GE13 : PAS Dan PKR Bertelagah Kerusi Parlimen Labuan



Pertelagahan antara PAS dan PKR berhubung pemilihan calon bagi Wilayah Persekutuan Labuan menunjukkan pakatan pembangkang tidak bersepakat atau secocok antara mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata mereka masih belum mencapai kata sepakat mengenai calon sesuai bagi Labuan.

"Bagi kami, Barisan Nasional (BN) fokus dalam menjamin perpaduan dan kesepakatan bagi kemenangan BN pada pilihan raya umum kali ini.

#GE13 : Calon BN Setiawangsa Tekad Bela Nasib Bekas Tentera & Polis

 
Datuk Ahmad Fauzi Zahari

Datuk Ahmad Fauzi Zahari, calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Setiawangsa, bertekad untuk memastikan kebajikan penduduk di kawasan itu, terutama anggota tentera dan polis diberi perhatian.

Naib Ketua Umno Bahagian Setiawangsa itu berkata beliau begitu memahami masalah penduduk di kawasan itu kerana banyak membantu bekas Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique sejak 1998.

Antara isu yang perlu diberi perhatian di kawasan itu yang turut menempatkan dua Pusat Latihan Polis (Pulapol) dan Kem Padang Tembak untuk anggota Kementerian Pertahanan ialah isu perumahan mampu milik, katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Tuesday, April 16, 2013

#GE13 : Yahya Khatib Lawan Hadi Di Marang, BN Terengganu Pertaruh 18 Muka Baru

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan dan exco kerajaan negeri Datuk Yahya Khatib Mohamad akan menentang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


 Datuk Yahya Khatib Mohamad

Hampir separuh daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) di Terengganu terdiri daripad muka baru dengan 18 daripada 40 calon untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan bertanding buat pertama kalinya.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said akan mempertahankan kerusi DUN Kijal manakala bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh akan berpindah dari kerusi DUN Jertih ke Parlimen Besut.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman.

#GE13 : Ibrahim Ali Pasrah Tak Jadi Calon BN, Tetap Pertahan Kerusi Parlimen Pasir Mas

 Datuk Ibrahim Ali

Datuk Ibrahim Ali pasrah apabila tidak terpilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) seperti yang dihajatinya tetapi nekad untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas yang disandangnya dengan bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ibrahim berkata, beliau sememangnya berharap agar dipilih menjadi calon BN untuk bertanding di Parlimen itu.

"Tetapi saya tidak disenaraikan, maknanya saya tidak diberi peluang. Walaupun saya akan bertanding di Parlimen Pasir Mas, bukan bererti saya menentang BN.

"Hal Pasir Mas ini hal terpencil kerana saya penyandang (kerusi) dan rakyat mahu saya mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas. Dan saya pula perlu berada di Dewan Rakyat bagi meneruskan agenda Melayu dan Islam," katanya kepada pemberita di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dekat sini, Selasa.

#GE13 : MB Kedah Ditentang Sepupu Sendiri Pada PRU-13

 Datuk Seri Azizan Abdul Razak

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan ditentang sepupunya sendiri pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) jika beliau kekal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.


Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pada Selasa mengumumkan sepupu Azizan, Mohd Fadzillah Mohd Ali, 55, seorang arkitek dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerai, sebagai calon BN kerusi DUN itu.

Mohd Fadzillah, yang merupakan antara 19 muka baharu BN yang akan bertanding di kerusi DUN di negeri jelapang padi ini, berkata beliau bersedia untuk berhadapan dengan sepupunya itu yang juga pesuruhjaya PAS Kedah.

#GE13 : Senarai Penuh Calon BN Selangor

Berikut merupakan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Negeri Selangor yang telah diumumkan pada 16 April 2013.

Calon kawasan Parlimen

P.092   Sabak Bernam    Mohd Fasiah Mohd Fakeh

P.093   Sungai Besar    Noriah Kasnon

P.094   Hulu Selangor   P Kamalanathan a/l P Panchanathan

P.095   Tanjong Karang  Noh Omar

P.096   Kuala Selangor  Irmohizam Ibrahim

P.097   Selayang        Donald Lim Siang Chai

P.098   Gombak          Raman Ismail

P.099   Ampang          Rozaidah Talib

P.100   Pandan          Lim Chin Yee

P.101   Hulu Langat     Adzhaliza Mohd Nor

P.102   Serdang         Yap Pian Hon

P.103   Puchong         A Kohillan Pillay a/l G Appu

P.104   Kelana Jaya     Loh Seng Kok

P.105   Petaling Jaya Selatan   Sheah Kok Fah

P.106   Petaling Jaya Utara     Chew Hoong Ling

P.107   Subang          Pakas Rao a/l Applanaidoo

P.108   Shah Alam       Zulkifli Noordin

P.109   Kapar           Sakthivel a/l Alagappan

P.110   Klang           Teh Kim Poo

P.111   Kota Raja       Murugesan a/l Sinnandavar

P.112   Kuala Langat    Sharuddin Omar

P.113   Sepang          Mohd Zin Mohamed

#GE13 : Senarai Penuh Calon BN Wilayah Persekutuan

Berikut merupakan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Wilayah Persekutuan yang telah diumumkan pada 16 April 2013.


1. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Lembah Pantai)

2. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)

3. Datuk Dr. Mohd Shafie Abdullah (Wangsa Maju)

4. Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Setiawangsa)

5. Datuk Johari Abdul Ghani (Titiwangsa)

6. Rozman Isli (Labuan)

7. Datuk A.Chandrakumanan (Kepong)

8. Dr. Dominic Lau Hoe Chai (Batu)


9. Jayanthi Devi Balaguru (Segambut)

10. Frankie Gan Joon Zin (Bukit Bintang)

11. Nicole Wong Siaw Ting (Seputeh)

12. Teoh Chee Hooi (Cheras)

13. Tan Kok Eng (Bandar Tun Razak)

#GE13 : Senarai Penuh Calon BN Negeri Pahang

Berikut merupakan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Negeri Pahang yang telah diumumkan pada 16 April 2013.

P78 CAMERON HIGHLANDS - Datuk G. Palanivel
N1 TANAH RATA - Ho Yip Kap
N2 JELAI - Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (Penyandang)

P79 LIPIS - Datuk Mohamad Shahrum Osman (Penyandang)
N3 PADANG TENGKU - Abdul Rahman Mohamad (Penyandang)
N4 CHEKA - Datuk Fong Koong Fuee
N5 BENTA - Datuk Mohd. Soffi Abdul Razak (Penyandang)

P80 RAUB - Datuk Hoh Khai Mun (Bertukar dari DUN)
N6 BATU TALAM - Abdul Aziz Mat Kiram (Penyandang)
N7 TRAS - Weng Hee Liang
N8 DONG - Datuk Shahiruddin Ab. Moin (Penyandang)

P81 JERANTUT - Ahmad Nazlan Idris (Muka baharu)
N9 TAHAN - Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak (Penyandang)
N10 DAMAK - Datuk Lau Lee (Penyandang)
N11 PULAU TAWAR - Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail (Penyandang)

P82 INDERA MAHKOTA - Wan Adnan Wan Mamat (Bertukar dari DUN Tanjung Lumpur)
N12 BESERAH - Datuk Mohd. Hazmi Yusof (Muka baharu)
N13 SEMAMBU - Pang Tsu Ming (Penyandang)

P83 KUANTAN - Datuk Mohd. Suffian Awang (Muka baharu)
N14 TERUNTUM - Chang Hong Seong (Penyandang)
N15 TANJUNG LUMPUR - Tengku Zulkifli Tengku Ahmad (Muka baharu)
N16 INDERAPURA - Datuk Shafik Fauzan Sharif (Penyandang)

P84 PAYA BESAR - Datuk Abdul Manan Ismail (Penyandang)
N17 SUNGAI LEMBING - Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah (Penyandang)
N18 LEPAR - Mohd. Shohaimi Jusof (Penyandang)
N19 PANCHING - Mohd Zaili Besar (Penyandang)

P85 PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak (Penyandang)
N20 PULAU MANIS - Khairuddin Mahmud (Penyandang)
N21 PERAMU JAYA - Sheikh Ahmad Fauzi Sheikh Ali (Muka baharu)
N22 BEBAR - Ibrahim Awang Ismail (Bertukar kerusi)
N23 CHINI - Abu Bakar Harun (Penyandang)

P86 MARAN - Datuk Ismail Abd. Mutalib
N24 LUIT - Nurhidayah Shahaimi (Muka baharu)
N25 KUALA SENTUL - Datuk Shahaniza Shamsuddin (Penyandang)
N26 CHENOR - Mohamed Arifin Awang Ismail (Muka baharu)

P87KUALA KRAU - Datuk Ismail Mohamed Said (Penyandang)
N27 JENDERAK - Datuk Mohamed Jaafar (Penyandang)
N28 KERDAU - SYED IBRAHIM BIN SYED AHMAD (Penyandang)
N29 JENGKA - Wan Salman Wan Ismail (Penyandang)

P88 TEMERLOH - Datuk Saifuddin Abdullah (Penyandang)
N30 MENTAKAB - Chuah Boon Seong (Penyandang)
N31 LANCHANG - Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin (Penyandang)
N32 KUALA SEMANTAN - Mohammad Anuar Mohd. Yunus (Muka baharu)

P89 BENTONG - Datuk Liow Tiong Lai
N33 BILUT - Leong Kim Soon (Muka baharu)
N34 KETARI - Wong Choo Yap (Muka baharu)
N35 SABAI - M Gunasegalan (Muka baharu)

N36 PELANGAI - Datuk Seri Adnan Yaakob (Penyandang)
P90 BERA - Datuk Ismail Sabri Yaakob (Penyandang)
N37 GUAI - Norolazali Sulaiman (Penyandang)
N38 TRIANG - Tan Tin Loon
N39 KEMAYAN - Mohd Fadil Osman (Penyandang)

P91 ROMPIN - Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis (Penyandang)
N40 BUKIT IBAM - Wan Khadri Wan Mahussain (Muka baharu)
N41 MUADZAM SHAH - Datuk Maznah Mazlan (Penyandang)
N42 TIOMAN - Datuk. Mohd. Johari Hussain

#GE13 : Senarai Penuh Calon BN Johor

Berikut merupakan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Negeri Johor yang telah diumumkan pada 16 April 2013.











P140. Segamat - Datuk Dr. S. Subramaniam
N01. Buluh Kasap - Norshida Ibrahim (baharu)
N02. Jementah - Dr. Lee Hong Tee

P141. Sekijang - Anuar Abd. Manap (baharu)
N03. Pemanis - Lau Chin Hoon
N04. Kemelah - Datuk Ayub Rahmat


P142. Labis - Datuk Chua Tee Yong
N05. Tenang - Mohd. Azahar Ibrahim
N06. Bekok - Tan Chong (baharu)

P143. Pagoh - Tan Sri Muhyiddin Yassin
N07. Bukit Serampang - Ismail Mohamad (baharu)
N08. Jorak - Datuk Dr. Sharuddin Salleh

P144. Ledang - Hamim Samuri
N09. Gambir - M. Asojan
N10. Tangkak - Goh Tee Tee
N11. Serom - Abdul Razak Minhat (baharu)

P145. Bakri - Lee Ching Yong
N12. Bentayan - Fong Soh Lan (baharu)
N13. Sungai Abong - Datuk Dr. Haris Salleh (baharu)
N14. Bukit Naning - Datuk Saipolbahari Suib (baharu)

P146. Muar - Datuk Razali Ibrahim
N15. Maharani - Datuk Zulkhairi Ahmad (baharu)
N16. Sungai Balang - Zaiton Ismail (baharu)

P147. Parit Sulong - Datuk Noraini Ahmad
N17. Semerah - Mohd. Ismail Roslan (baharu)
N18. Seri Medan - Datuk Zulkurnain Kamisan (baharu)

P148. Ayer Hitam - Datuk Wee Ka Siong
N19. Yong Peng - Lim Kee Moi
N20. Semarang - Datuk Samsolbari Jamali

P149. Seri Gading - Datuk Aziz Kaprawi
N21. Parit Yaani - Tiow Yew Chuan (baharu)
N22. Parit Raja - Datin Azizah Zakaria (baharu)

P150. Batu Pahat - Dr. Mohd. Puad Zarkashi
N23. Penggaram - Dr. King Ban Siang (baharu)
N24. Senggarang - Abd. Aziz Ismail (baharu)
N25. Rengit - Ayub Jamil

P151. Simpang Renggam - Liang Teck Meng
N26. Machap - Abd. Taib Abu Bakar (baharu)
N27. Layang Layang - Abd. Mutalip Abd. Rahim

P152. Kluang - Datuk Dr. Hou Kok Chung
N28. Mengkibol - Chye Kwee Yeow (baharu)
N29. Mahkota - Md. Jais Sarday

P153. Sembrong - Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
N30. Paloh - Teoh Yap Kun (baharu)
N31. Kahang - R. Vidyanathan

P154. Mersing - Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad
N32. Endau - Datuk Abd. Latiff Bandi (baharu)
N33. Tenggaroh - K. Raven Kumar (baharu)

P155. Tenggara - Datuk Halimah Mohamed Sadique
N32. Panti - Datuk Baderi Dasuki
N33. Pasir Raja - Datuk Dr. Adham Baba

P156. Kota Tinggi - Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid (baharu)
N36. Sedili - Rasman Ithnain
N37. Johor Lama - Asiah Md. Ariff

P157. Pengerang - Datuk Seri Azalina Othman Said
N38. Penawar - Hamimah Mansor
N39. Tanjung Surat - Datuk Syed Sis Syed A. Rahman (baharu)

P158. Tebrau - Khoo Soo Seang (baharu)
N40. Tiram - Datuk Maulizan Bujang
N41. Puteri Wangsa - M. Soorianarayanan (baharu)

P159. Pasir Gudang - Normala Abd. Samad (baharu)
N42. Johor Jaya - Tan Cher Puk
N43. Permas Jaya - Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

P160. Johor Bahru - Tan Sri Shahrir Samad
N44. Tanjung Puteri - Datuk Adam Sumiru
N45. Stulang - Chong Chee Siong (baharu)

P161. Pulai - Datuk Nur Jazlan Mohamed
N46. Pengkalan Rinting - Chang Nie Kee (baharu)
N47. Kempas - Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat (baharu)

P162. Gelang Patah - Datuk Abdul Ghani Othman
N48. Skudai - Liang Ah Chy (baharu)
N49. Nusajaya - Datuk Dr. Zaini Abu Bakar (baharu)

P163. Kulai - Tay Chin Hein (baharu)
N50. Bukit Permai - Ali Mazat Salleh (baharu)
N51. Bukit Batu - Cheong Chin Liang
N52. Senai (belum diumumkan)

P164. Pontian - Datuk Ahmad Maslan
N53. Benut - Datuk Ir. Hasni Mohamad
N54. Pulai Sebatang - Datuk Tee Siew Kiong

P165. Tanjong Piai - (belum diumumkan)
N55. Pekan Nanas - (belum diumumkan)
N56. Kukup - Suhaimi Salleh (baharu)

#GE13 : Kembalikan Selangor Kepada BN


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata Kerajaan BN akan membantu bekas peneroka Felda Sungai Buaya menyelesaikan masalah tanah mereka yang dirampas kerajaan negeri pakatan pembangkang, jika parti gabungan itu kembali berkuasa di negeri itu. Beliau menyifatkan tindakan Kerajaan Selangor sekarang sebagai kejam terhadap para penduduk terbabit.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian selepas menyampaikan saguhati RM5,000 tiap seorang kepada 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya di kampung itu, dekat sini pada Isnin.
Saguhati berjumlah RM1.82 juta itu disumbangkan oleh Felda sebagai mengenang sumbangan bekas peneroka itu membangunkan kawasan tanah rancangan Felda Sungai Buaya.


Monday, April 15, 2013

#GE13 : PAS Melaka Umum Senarai Calon


PAS Melaka mengumumkan calon-calonnya di Kg Tedong Pekan, Jasin pada Ahad malam yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Menurut harakahdaily.net, kira-kira 70 peratus calon yang dikemukakan adalah muka baru yang kali pertama bertanding.
Antara calon-calon yang diumumkan termasuk dua orang Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek kekal bertanding di N26 Serkam manakala Ustaz Mohd Nor Omar bertanding di N12 Pantai Kundur buat kali pertama.



Sunday, April 14, 2013

#GE13 : Generasi Muda Akan Terus Dibela Di Bawah BN



Generasi muda akan mendapat kemudahan dan keperluan asas yang lebihbanyak sekira terus menyokong Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
Pengerusi Pergerakan Pemuda BN Parlimen Pagoh, Ismail Mohamad berkata, sudah terbukti di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak segala keperluan generasiitu dipenuhi serta pembelaan, hak dan kepentingan mereka tidak diabaikan.
"Untuk itu mereka seharusnya membantu memberi kemenangan cemerlang kepada calon-calon BN termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang jugapenyandang Ahli Parlimen Pagoh pada pilihan raya umum kali ini.

Gempar! NikAbdulAziz punca penyebaran video SEKS Mustapa Ali? #GE13




Rasulullah SAW bukanlah modal politik untuk menyelamatkan karier politik dan memperkukuhkan seemangat assobiyah. Setelah menidakkan pahala solat orang UMNO, Rasulullah SAW pula disama tarafkan dengan Anwar Ibrahim yang terpalit dengan skandal video seks. Belum pun lama, kini video seks pemimpin agung PAS pula yang tersebar.



Friday, April 12, 2013

Kemelut Video Seks: Hadi & PAS Tidak Percaya



PAS dan para pemimpinnya tidak percaya lelaki yang muncul dalam klip video seks terbaru adalah salah seorang pemimpin tertinggi mereka.
Oleh yang demikian kata Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang, parti itu tidak perlu memanggil satu mesyuarat khas untuk membincangkan perkara itu.
Kata Hadi, beliau sendiri tidak percaya lelaki itu adalah pemimpin PAS sebagaimana yang didakwa oleh beberapa bloger.


Lagi Video Seks Melibatkan Pemimpin Pembangkang Didedahkan

Satu lagi skandal seks dikaitkan dengan Pakatan Rakyat didedahkan tetapi kali ini melibatkan seorang pemimpin kanan PAS.
Sebuah blog politik Kedahan69ers.com memuat naik klip video sepanjang empat saat kira-kira pukul 8.30 malam, Khamis.
Video tersebut memaparkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin PAS sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai di dalam sebuah bilik hotel.
Lelaki tersebut hanya memakai singlet putih.