PAS tetap komited kepada agenda mewujudkan negara Islam
dan melaksanakan hukum hudud walaupun DAP menentangnya, kata Setiausaha Agung PAS,
Datuk Mustafa Ali.
"Tiada orang Islam boleh atau berani menolak hudud.
"Ia (mewujudkan negara Islam dan melaksanakan hukum
hudud) kekal dalam polisi PAS dan kami akan meneruskan perjuangan parti
mengenai perkara itu," katanya.
Beliau berkata, setiap parti dalam Pakatan dibenarkan
untuk meneruskan agenda mereka jika ia tidak menjadi sebahagian daripada rangka
kerja dasar bersama mereka.
"DAP mempunyai hak untuk menolak hudud kerana kita
telah mendapat kesepakatan untuk tidak bersetuju tetang hudud bagi pihak
DAP," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Mustafa berkata, beliau
akan memberi ucapan mengenai dakwaan sebuah video seks yang dikaitkan dengannya
pada satu ceramah di Rusila, Marang, 3 Mei ini.
Beliau enggan memberikan sebarang komen atau membuat
laporan polis mengenai dakwaan tersebut.
Bagaimanapun Mustafa berkata beliau akan mempertahankan
dirinya dalam saman fitnah terhadapnya yang difailkan oleh Umno pada 23 April.
Saman fitnah itu difailkan terhadap Mustafa berhubung
dakwaannya yang mengaitkan Umno terlibat dengan penyebaran video lucah di laman
sesawang.
Sementara itu, Mustafa berkata PAS menarik diri daripada
pertembungan enam penjuru di kerusi Parlimen Kota Damansara yang dipertahankan
oleh Presiden Parti Sosialis Malaysia, Mohd Nasir Hashim yang bertanding di
bawah lambang PKR.
No comments:
Post a Comment