Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan
Pakatan Rakyat menjadi dalang dalam insiden serangan di pusat operasi Barisan
Nasional (BN).
"Saya tidak terkejut mereka akan menyalahkan kami. Sebenarnya,
semua adalah salah Anwar," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya suspek yang
bertanggungjawab adalah ahli Pakatan, mereka tidak akan mempertahankan individu
terbabit.
"Kami menggesa polis untuk menjalankan siasatan
segera dan menyeluruh.
"Kami menyokong polis dan mahu mereka yang
bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan," katanya pada sidang media di
ibu pejabat PKR di sini, Khamis.
Satu letupan kecil berlaku ketika kempen BN di Nibong
Tebal, malam Selasa.
Dalam insiden itu, seorang pengawal keselamatan parti itu
mengalami kecederaan ringan.
Sementara itu, pusat operasi BN di Sekinchan turut
dilempar dengan molotov cocktail pada malam sama.
No comments:
Post a Comment