Beliau berkata, ini kerana kebanyakan pemimpin PAS
memberitahu secara terbuka bahawa mereka mahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang untuk mengisi jawatan tersebut.
Menurut Muhyiddin, kedua-dua parti itu berbalah mengenai
pembahagian kerusi termasuk di Panti, Kota Tinggi, di mana kedua-duanya
menamakan calon masing-masing.
"Ramai pemimpin PAS menyuarakan secara terbuka
bahawa mereka mahu Hadi menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang dan
mengambil alih Putrajaya.
"Akan berlaku perbalahan berpanjangan di antara
kedua-dua parti, mungkin lebih daripada setahun, sebelum mereka memutuskan
siapa yang akan menjadi Perdana Menteri," katanya selepas merasmikan
bangunan baru SJKC Aik Ming pada Khamis.
No comments:
Post a Comment