Datuk Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali pasrah apabila tidak terpilih sebagai calon Barisan
Nasional (BN) seperti yang dihajatinya tetapi nekad untuk
mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas yang disandangnya dengan
bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ibrahim berkata, beliau sememangnya berharap agar dipilih menjadi calon BN untuk bertanding di Parlimen itu.
"Tetapi saya tidak disenaraikan, maknanya saya tidak diberi peluang.
Walaupun saya akan bertanding di Parlimen Pasir Mas, bukan bererti saya
menentang BN.
"Hal Pasir Mas ini hal terpencil kerana saya penyandang (kerusi) dan
rakyat mahu saya mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas. Dan saya pula
perlu berada di Dewan Rakyat bagi meneruskan agenda Melayu dan Islam,"
katanya kepada pemberita di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Ismail
Petra di Pengkalan Chepa dekat sini, Selasa.